Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.

Sunday, November 15, 2009

PR: Terjun lombong


Anwar akui kemelut antara parti pakatan di peringkat bawah

KOTA BHARU: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui wujudnya perselisihan antara parti dalam pakatan pembangkang di peringkat bawahan berikutan tiada titik persetujuan yang dicapai ketika membincangkan perihal perbezaan prinsip parti masing-masing.


Beliau berkata, jika tiada titik persetujuan dicapai di peringkat bawahan dalam membincangkan isu tertentu, ada pihak daripada PKR yang tidak memberi sokongan padu kepada parti dalam pakatan pembangkang.


"Dalam pakatan tidak semua mesti setuju. Tetapi ada di peringkat cabang PKR jika berlaku perkara yang tidak dipersetujui mereka mula hendak marah dan macam hendak perang seluruh Malaysia.

"Saya ingatkan kepada peringkat bawahan bahawa kita mempunyai ruang kita sendiri untuk salurkan pandangan," katanya semasa berucap merasmikan konvensyen PKR Kelantan di sini hari ini.


Dalam sidang medianya, Anwar turut menjelaskan mengenai pelantikannya sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor dengan gaji RM1 sebulan kerana beliau tidak mahu menerima sebarang kelebihan, termasuk kenderaan kerajaan negeri.


"Saya hanya minta pejabat dan pegawai untuk saya bekerja, yang lain saya tidak mahu," katanya. - Bernama

[TAUKE KEDAI- sampai kiamat tak capai persetujuan. 1 nak terjun lombong, 1 nak terjun lubuk, 1 nak terjun bangunan. semua dah nak mampus. pakt-pakat minum air selipar lah...]

No comments:

Post a Comment