Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.

Wednesday, November 11, 2009

Pok Nik: Tok Haji Sponsor


Nik Aziz akui dibiaya tunai haji


KOTA BHARU 10 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah tersebut.

"Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat.

"Jadi orang hendak pergi Mekah, bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu hendak pergi Mekah bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tawaran yang diberikan kepadanya bersama isteri untuk menunaikan haji pada 17 November ini.

Ditanya alasan individu terbabit mahu menajanya, Nik Abdul Aziz berkata: "Rasuah macam mana, kalau hendak kata itu rasuah saya tolak. Mana tahu (alasan pembiayaan itu) tanya dialah. Tahun depan kalau ada lagi saya pergi lagi."

Mengulas siasatan SPRM ke atas menantunya, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), katanya, terpulang kepada pihak berkuasa tersebut untuk menjalankan tugas mereka.

Malah katanya, beliau juga bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh suruhanjaya tersebut berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam perbadanan yang dipengerusikannya itu.

Katanya, pelantikan Mohd. Ariff Fahmi sebagai CEO dilakukan mengikut proses biasa dan menantunya itu berkelayakan untuk menerajui perbadanan tersebut.

"Tidak ada apa luar biasa (tentang pelantikan Mohd. Ariff Fahmi), saya sendiri lantik jawatankuasa lembaga penasihat PMBK, kalau saya tidak lantik tidak ada apa-apa, benda ini berlaku baru saja, sejak saya duduk sini, sebelum saya jadi Menteri Besar tidak ada jawatan ini.

"Saya lantik dia kerana beliau jurutera ada kebolehan dan saya beri kepercayaan kerana saya kenal anak dan menantu saya, mana boleh Menteri Besar lantik orang yang tidak tentu untuk jawatan ini," katanya.
[TAUKE KEDAI - inilah dia rupa sebenar tok guru pas yang diagung-agungkan oleh pengikut-pengikut pas. bapak segala rasuah. bapak segala kronisme dan nepotisme. bila dia buat semua boleh belaka. buat apapun halal belaka]

No comments:

Post a Comment