Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.

Tuesday, November 10, 2009

Bai'ah: Dah Lama Rupanya




Baiah Pas sudah lama berlaku: Adnan

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata amalan baiah atau akujanji di kalangan wakil rakyat Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti sudah lama berlaku. Adnan berkata, perkara itu diketahuinya sejak dua penggal pilihan raya umum lalu menerusi beberapa kenalannya daripada parti Pas yang menjadi wakil rakyat. "Perkara ini perkara lama, terpulanglah kepada rakyat menilainya. Baiah itu meletakkan isteri sama dengan kerjaya politik, itulah rendahnya martabat wanita di kalangan kepimpinan Pas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Petrosains DinoTrek 2, di sini, hari ini.
Adnan secara sinis berkata kepimpinan Pas tidak perlu risau wakil rakyat mereka akan keluar parti itu kerana mereka amat menyayangi isteri mereka. "Saya pernah memujuk mereka (wakil rakyat terbabit) sertai Barisan Nasional, mereka kata tak boleh, kalau mereka keluar parti akan jatuh talak tiga, isteri mereka kena berkahwin dengan orang lain dulu sebelum dapat bersama semula dengan mereka," katanya. Adnan, bagaimanapun, tidak mendedahkan butiran terperinci berkenaan baiah yang diketahuinya itu.
"Bukan wakil rakyat Pas di Pahang, tapi di negeri lain," katanya. Khamis lalu, Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad, mengesahkan wujudnya amalan baiah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti. Bagaimanapun Pas Pusat yang mengakui amalan konsep baiah itu menafikan berlakunya arahan cerai talak tiga jika wakil rakyatnya keluar parti. - Bernama

No comments:

Post a Comment