KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dijangka dibenarkan pulang esok.Setiausaha Sulitnya, Rosdi Abdullah berkata Nik Abdul Aziz dimasukkan ke IJN kira-kira pukul 10.30 pagi semalam akibat keletihan selepas seminggu tidak mendapat rehat yang secukupnya."Keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan beliau dijangka keluar dari IJN pagi esok dan akan menyambung tugasnya seperti biasa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Jumaat.Katanya Mursyidul Am Pas itu tetap akan menghadiri Seminar Politik Pas di markas parti di Taman Melewar, Gombak esok.-- BERNAMA
[TAUKE KEDAI - dia tak buat EGM dia buat seminar politik pulak dah... kalau dah tua-tua ni berehat je la.. tak payah lah nak menyibuk berpolitik ni.. tetapi sudah jadi prinsip orang pas sekali berkuasa akan terus berkuasa... biar halilintar membelah bumi... selagi hayat dikandung badan... orang pas memang gila kuasa!! paling tepat, pas memang ketandusan pemimpin]

No comments:
Post a Comment